Panduan

7 Pantang Larang Ibu Mengandung (Orang Melayu)

7 Pantang Larang Ibu Mengandung (Orang Melayu). Hari ini kami ingin berkongsi mengenai tips dan pantang larang untuk ibu mengandung mengikut kepercayaan orang Melayu. Selalunya setiap bangsa di Malaysia mahupun dunia mempunyai pantang dan larangan kepada seorang ibu mengandung tersendiri. Contohnya adat orang melayu tidak mahu ibu mengandung menggunakan kata-kata kesat dan tidak elok kerana bimbang perangai sedemikian akan diikuti oleh si bayi dalam kandungan bila mereka dah besar nanti. banyak lagi Pantang Larang Ibu Mengandung ini, jom sambung baca di bawah ini.

 

pantang larang ibu mengandung

Maksud Pantang Larang

Mungkin juga ramai tak faham lagi maksud pantang larang ni. Ia adalah larangan keras terhadap suatu tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian terlalu suci atau terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa, dengan ugutan hukuman oleh kuasa ghaib.

Persoalannya perlu ke kita ikut semua pantang larang itu?

Jawapannya tidak. Anda boleh ikut mengikut kesusuaian diri anda.

7 Pantang Larang Ibu Mengandung (Orang Melayu)

Kami kumpulkan beberapa Pantang Larang Ibu Mengandung versi orang melayu untuk anda. jom kongsikan pandangan anda di ruangan komen pula yer.

1. Jangan duduk di tangga dan keluar rumah sorang-sorang pada waktu malam.

2. Jangan bunuh, dera, cucuk atau pukul binatang kerana bimbang anak dalam kandungan akan keluar jadi cacat.

3. yang ini macam aku cakap tadi, Tidak dibenarkan mencerca, menghina atau melihat sesuatu yang ganjil kerana dikhuatiri kenan.

4. Ibu yang mengandung juga tidak boleh melangkah atau memijak anjing ataupun kucing yang sedang tidur, takut nanti mata baby akan tertutup seperti binatang tersebut.

Pantang larang ibu mengandung

5. Ibu hamil tidak boleh terkejut atau mengenangkan sesuatu yang keterlaluan, bimbang nanti baby akan jadi cacat.

6. antara Pantang Larang Ibu Mengandung yang lain adalah tidak boleh memotong muncung ikan, kononnya bayi akan menjadi sumbing.

7. Jangan mencaci, menghina dan bergaduh dengan orang, nanti muka baby akan menyerupai orang tersebut. haa sudah !

 

Kesemua ini merupakan antara pantang larang yang kami kumpulkan menerusi sosial media dan juga melalui beberapa komentar dari netizen. Ramai juga yang terpaksa melakukan pantang larang ini dan akhirnya mereka dapat melahirkan anak mereka dengan sempurna.

Adakah anda juga mengalami nasib yang sama? Kalau ya, jom komen dibawah untuk perkongsian bersama.

 

Related Articles

Back to top button