Panduan

8 Pantang Larang Orang Cina Untuk Ibu Mengandung

8 Pantang Larang Orang Cina Untuk Ibu Mengandung. Baru-baru ini aku ada kongsikan mengenai pantang larang ibu mengandung versi orang melayu. Kali ini aku nak kongsikan juga bagi bangsa Cina terutamanya yang berada di Malaysia. Kita tahu dalam Malaysia banyak bangsa dan setiap bangsa ini mempunyai pantang larang tersendiri. Sebagai contoh, anda tahu, orang Cina tidak boleh memberi tahu yang mereka mengandung selagi usia kandungan tidak melebihi 3 bulan pertama. Sebenarnya kami pun baru tahu mengenai perkara ini tetapi sejauh mana ia dipraktikkan oleh masyarakat orang Cina di Malaysia atau pun tidak. jom kita belajar mengenai 8 Pantang Larang Orang Cina Untuk Ibu Mengandung untuk kefahaman kita bersama.

pantang larang orang cina

8 Pantang Larang Orang Cina Untuk Ibu Mengandung

Kami kongsikan kepada anda beberapa pantang larang orang cina untuk ibu mengandung.

1. Dilarang bertutur bahasa yang tidak baik seperti menghina dan memburukkan anak orang lain, nanti bayi akan serupa dengan anak tersebut.

2. Tak boleh makan ketam, nanti bayi asyik meleleh air liur.

3. Jangan makan makanan benda sejuk seperti ais krim dan tembikai, nanti anak keluar besar.

4. Dilarang makan daging arnab dan daging anjing, nanti bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab dan suka mengigit orang, terutamanya semasa menyusui bayi.

5. Dilarang makan daging ayam jantan, nanti bayi menangis pada tengah malam.

6. Dilarang menggunakan gunting, jarum, penyepit kuku ataupun benda-benda yang tajam. begitu juga menjahit, masyarakat cina tidak membenarkan ibu mengandung untuk menjahit.

pantang larang orang cina

7Dilarang mencuci longkang kerana jika tidak sengaja memecahkan tepi longkang, khuatir akan melahirkan bayi yang berbibir arnab.

8. Dilarang tepuk bahu ibu hamil, nanti dia mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan dan upacara kematian, takutlah akan mempengaruhi emosi ibu dan bayi secara tidak langsung.

Kesemua maklumat ini di ambil dari sosial media tau. Mungkin ada  yang betul dan mungkin ada yang salah. Jadi tak salah untuk kita belajar dan kongsikan kepada yang lain. Kalau anda ada yang nak tambah, boleh komen di bahagian bawah ini ya.

Terima kasih.

Related Articles

Back to top button