Uncategorized

Komunikasi dalam Hubungan Penting Bagi Keluarga Bahagia (2021)

Komunikasi dalam Hubungan Penting Bagi Keluarga Bahagia (2021). Setiap pasangan yang terdiri dari lelaki dan perempuan akan mempunyai masalah tersendiri. Baik lelaki sebagai suami mahupun perempuan sebagai seorang isteri. Orang dulu-dulu pernah kata, kalau pasangan tengah marah, seorang lagi kena diam dan jangan turut marah. Kalau tidak pasti akan bergaduh besar lah pasangan tersebut. Sebab itu salah satu bab penting dalam kehidupan rumah tangga adalah komunikasi dalam hubungan. Komunikasi amat penting dalam hubungan kerana ia merupakan pintu awal sebelum bergerak kepada respon yang lain.

Andai dari awal sudah di halang dalam komunikasi, bagaimana nak jumpa dengan solusi. Jadi, kali ini, kita akan sembang mengenai komunikasi dalam hubungan bersama-sama. Apa pula kepentingan komunikasi dalam hubungan? jom sama-sama kita baca ya!

 

komunikasi dalam hubungan

 

Komunikasi dalam Hubungan Penting Bagi Keluarga Bahagia (2021)

Sebagai permulaan, kita nak cakap mengenai definisi komunikasil dulu. Dalam bahasa mudah, Komunikasi adalah perpindahan maklumat dan idea dari seseorang kepada seseorang yang lain. ia juga melibatkan hidupan-hidupan lain yang turut sama hidup di muka bumi ini. Sebagai contoh interaksi sesama manusia dan juga interaksi manusia dan haiwan.

Oleh sebab itu, komunikasi sangat penting kerana dia merupakan tunjang kepada perhubungan sesama hidupan di bumi ini.

Kepentingan komunikasi dalam hubungan

Seperti yang selalu di ulang, komunikasi dalam hubungan sangatlah penting. Tanpa komunikasi sebuah keluarga itu akan musnah. Komunikasi pula seharusnya dua hala. sama ada dari suami ke isteri atau isteri ke suami.

Komunikasi kadang-kadang berbentuk percakapan dan kadang-kadang dalam bentuk pergerakkan badan atau body language. Jadi jangan mudah terasa hati andai pasangan anda hanya menggunakan bahasa badan dalam berkomunikasi dengan anda. Mungkin dia perlukan masa untuk berfikir dan membuat keputusan.

Antara kepentingan komunikasi dalam hubungan adalah :

1. Komunikasi menyehatkan hubungan.

Salah satu punca pergolakan rumah tangga adalah kerana kurang berkomunikasi. Malah ia juga membawa kepada komunikasi dengan orang ketiga yang seterusnya bakal menghancurkan keluarga kita.

Apabila pasangan tidak ingin bercerita dan bersembang, akibatnya mereka mencari orang lain yang sudi mendengar kisah mereka. Ingat! jika ini terjadi, sukar untuk berbaik semula.

Jadi ambil masa untuk mengenali dan juga menghayati masalah pasangan anda. ia juga merupakan terapi yang sangat mujarab kepada anda dan pasangan.

2. Menyelesaikan banyak masalah.

Selalunya apabila berlaku masalah, komunikasi ini sangat penting. Masa berbual adalah perlu untuk menyampaikan masalah kepada pasangan masing-masing. andai tidak di luah, akan jadi bara yang menunggu masa untuk meletup.

Apabila ada masalah terus bersembang dan minta pendapat pasangan anda. Cuba cari penyelesaian yang sebaiknya secara bersama. Bagi anda yang mendengar pula, jangan potong luahan dan penyampaian masalah dari pasangan anda.

Sebaliknya, dengar masalah mereka. Bayangkan anda bersama dengan pasangan anda berbincang dan menyelesaikan masalah bersama-sama. pasti banyak masalah dapat di selesaikan. Bahkan anda juga akan kurang stress kerana terpaksa menanggung masalah tersebut.

Nampakan betapa peningnya komunikasi dalam hubungan kekeluargaan.

komunikasi dalam hubungan

Ciri- ciri Pasangan yang jarang komunikasi

Inilah ciri-ciri pasangan yang kurang sihat. Maksudnya hubungan mereka agak kurang sihat. Ini kerana mana mungkin pasangan tidak berbual dan bersembang dalam seharian. hatta pasangan jarak jauh juga sering berhubung melalui handphone dan sebagainya.

Jika anda tinggal sebumbung dengan pasangan anda tetapi jarang berkomunikasi. tolong semak balik, cari punca kenapa berlaku sedemikian. Mungkin sebab anda menyebabkan pasangan anda terasa hati. atau juga mungkin pasangan anda yang mempunyai masalah sehinggakan dia ambil keputusan untuk jauh dengan anda.

Mulakan dengn bertanya “sayang ok ker? ” . ” AWAK SIHAT KE? dan lain-lain. Cuba guna pendekatan yang mudah diterima pasangan anda. Ingat, jangan samakan pasangan anda dengan pasangan orang lain. Mereka 100% berbeza. Jadi sesuaikan dengan pasangan anda. Anda pasti mengenal mereka melebih orang lain. betul tak?

Jika tidak dirawat segera, nanti ia akan menjadi lebih parah.

Ciri-Ciri Hubungan Yang Sihat.

Kali ini aku nak kongsikan bagaimanakah  ciri hubungan dengan pasangan anda yang dikatakan baik dan sihat. Adakah hubungan anda dengan pasangan sihat atau tidak sihat?

Hubungan yang sihat selalunya akan ada banyak perkongsian masalah dengan lancar dan baik. Tidak berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pasangan sebaliknya perkongsian masalah berlaku dengan mudah dan di selesaikan dengan mudah. Jika hubungan anda tidak sihat, maka salah seorang daripada anda akan memilih untuk membuat keputusan sendiri. ” Aku lah buat sendiri, dia bukan boleh harap pun ”

Haaa, itulah tanda hubungan anda tidak sihat. seharusnya walau perkara kecil sekali pun kena duduk dan berbincang.

Kedua Hubungan yang sihat mempunyai ciri seperti terbuka menerima idea, pendapat dan teguran. Selalunya hubungan yang sihat ini mempunyai kelancaran dalam memberi pendapat dan teguran. Setiap dari ahli pasangan mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara bagi menyatakan pendapat mereka.

Pihak yang menerima pendapat dan teguran juga harus terbuka dalam menerimanya. Kalau anda tidak terbuka, maka akan berlaku pergaduhan besar dalam keluarga tersebut.

Yang ketiga adalah percaya kepada pasangan. Hubungan yang sihat selalu mekar dengan kepercayaan yang baik terhadap pasangan masing-masing. setiap yang dilakukan mendapat kepercayaan dari pasangannya. Nak membina kepercayaan ini bukan mudah, kadang-kadang bertahun barulah timbul kepercayaan ini.

Oleh sebab itu, antara tanda aras kepada hubungan yang baik adalah tahap kepercayaan terhadap pasangan dan juga nilai menjaga kepercayaan yang diberikan daripada pasangan haruslah dijaga dengan sempurna. Ini bagi mengelakkan dari hilang percaya yang bakal membawa kepada keruntuhan kekeluargaan. itulah sebabnya komunikasi dalam hubungan sangat penting dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan ini.

Yang Keempat adalah ciri hubungan yang baik adalah saling memberi maaf dan memaafkan. Ini juga antara kunci komunikasi dalam hubungan yang baik. Bila buat salah, kita minta maaf. Kemudian memaafkan pula. Tidak ada yang perfect dalam dunia ini.

Jika tidak memaafkan, pasti akan menjadi lebih parah. Kalau tidak mampu memaafkan, terangkan dan luahkanlah apa yang anda rasa kepada pasangan anda. Agar dia juga turut mengerti apa itu perasaan di kecewakan. Ingat! jangan khianati kepercayaan pasangan anda. Jangan khianati pemberian maaf pasangan anda kepada anda.

Itu salah satu perkara besar yang dilakukan kepada anda. Jangan asal dah minta maaf, kemudian anda mengulangi perbuatan tersebut. Bimbanglah, satu hari nanti, dia sudah terbiasa dengan salah anda hingga membuatkan dia jijik dengan anda. Hati-hati.

 

komunikasi dalam hubungan

 

Penutup

Nak ber komunikasi dalam hubungan ini memerlukan ilmu yang sangat banyak. Adakala kita perlu faham mengenai pskologi dan pemikiran pasangan anda. Kefahaman terhadap pasangan memberikan satu kelebihan buat anda dan pasti ia akan membantu anda dalam memberi respond terbaik terhadap komunikasi dalam hubungan kekeluargaan anda.

Akhir sekali jangan lupa,  belajarlah dari kesilapan. Andai hari ini anda buat salah dalam perhubungan, belajarlah dan ubah sikap anda. Jangan bertangguh! Nanti bila sudah bernanah hati, susah untuk di ubati.

Semoga berjaya !

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button