IslamPanduan

Pengalaman Mengerjakan Umrah Pertama Kali (2021)

Pengalaman Mengerjakan Umrah. Assalamualaikum semua, hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan korang mengenai pengalaman mengerjakan umrah kali pertama ketika tahun 2018 yang lalu. Aku yakin ramai yang nak tahu bagaimana keadaan di Mekah dan Madinah terlebih dahulu sebelum berangkat ke sana. Bagi aku memang satu keperluan untuk kita kenal tempat yang kita nak pergi terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan ketika berada di sana. Sekarang ini, sepadan untuk buat umrah telah di buka, Malaysia antara negara pertama yang berjaya menghantar jemaah umrah pasca pandemik ini. Mesti anda juga tidak sabar nak ke sanakan. Berikut merupakan pengalaman mengerjakan umrah untuk bacaan anda.

Nak mudah tahu waktu solat? boleh cuba guna applikasi Noor By Neelofa!

 

pengalaman mengerjakan umrah

 

pengalaman mengerjakan umrah kali pertama

Aku masih ingat pengalaman mengerjakan umrah ini , Flight pertama aku ke Madinah sebab kami pergi Madinah dulu baru kemudian kami ke Mekah. Flight kami berlepas dari KLIA adalah pada 29 Januari 2018. Ya dah hampir 3 tahun dah perjalanan umrah kami ini.

 

Naik dari KLIA, kami turun di Lapangan terbang di Jeddah. Di sini, kami di ambil oleh mutawwif Andalusia Travel untuk ke Hotel. Pengalaman menarik di sini adalah apabila sampai dan menuju ke hotel, kami di beritahu oleh ustaz, ” itu kubah warna hijau itu adalah makam Rasulullah. ” bila dengar sahaja, terus rasa sayu dan sebak.

Kemudian kami check ini dalam hotel dan kemudian kami berehat.

Keesokan harinya, kami melakukan ziarah ke Makam Rasulullah S.AW. Pertama kali melihat makam baginda membuatkan hati kita rasa kerdil sangat. Sebab kita bawa dosa yang sangat banyak ke sana.

Malu nak bertemu Rasulullah dengan dosa yang bertimbun.

Selepas selesai ziarah, kami melakukan ziarah ke sekitar masjid, ke Baqi’ iaitu makam atau perkuburan sahabat-sahabat rasulullah. Bagi yang tak tahu, sesiapa yang di semadikan di perkuburan ini, mereka akan dibangkitkan ketika hari kiamat selepas, Rasulullah, Saidina abu bakar dan Saidina Omar.

Perasaan dan pengalaman umrah bersama keluarga

Sejujurnya ia sebuah pengalaman mengerjakan umrah yang sangat berbeza untuk kami. Mungkin sebab ia kali pertama kami merasai pengalaman mengerjakan umrah satu keluarga jadi pengalaman ini memang susah untuk di lupakan.

Dari awal booking tiket , sehinggalah berada di bumi madinah dan mekah merupakan pengalaman manis dan sentiasa dirindui walaupun dah hampir 3 tahun pulang ke tanah air.

Kalau kita sembang dengan orang yang telah pergi ke tanah suci sudah pasti pengalaman mengerjakan umrah memang tak boleh di lupakan.

pengalaman umrah untuk wanita

Untuk wanita sudah pasti ia sangat berbeza dengan lelaki. Ada pakaian tambahan perlu dibawa dan jika uzur pula, ada hukum dan ilmu yang perlu anda ambil tahu.

Cadangan saya, jangan malu bertanya dengan ustaz pengiring anda jika anda berada di tanah suci. Sebab merekaakan membantu anda dalam apa jua keadaan. Yang pasti! mereka tahu hukum hakam apabila kita ada kemuskilan ketika beribadah di sana.

 

pengalaman mengerjakan umrah

 

Pengalaman mengerjakan Umrah : Pengalaman di mekah

Tadi aku dah cerita pengalaman aku berada di madinah. Kami lebih banyak berehat dan tumpu kepada ibadah di dalam masjid sahaja. Di Mekah, Ibadah utama yang kita kena buat adalah Umrah Pertama.

Umrah pertama ini kita akan lakukan setibanya kita di Mekah. Macam kami dari Madinah dan tiba di mekah lebih kurang jam 1 pagi. Lepas tu, kami terus masuk hotel dan bersiap untuk mengerjakan umrah.

Masa ini, kita dah pakai ihram dah. Bagi yang tak tahu, ihram boleh dibuka untuk ke tandas dan sebagainya. jadi jangan risau urusan ketandas apabila sudah berihram.

Setelah bersedia, kami di bawa masuk ke masjidil haram oleh mutawwif kami. Kemudian kami mulakan dengan ibadah tawaf dan kemudiannya dengan ibadah saei dan ditutup dengan Tahalul atau bercukur.

Kalau anda pertama kali nak mengerjakan umrah, saya boleh katakan stamina amat penting dalam mengerjakan umrah. Sebelum pergi umrah, cubalah buat brisk walk dekat rumah anda supaya anda tidak terkejut dengan jarak tawaf dan saei nanti.

Ya, jarak tawaf bergantung kepada ramai atau tidak orang di sana. Kalau ramai, mungking pusingan anda akan jadi lebih jauh.

Kalau tak ramai, anda boleh buat pusingan dalam ruang yang lebih dekat.

Saei pula dari buki Safa ke Bukit Marwah adalah 400 m, dan keseluruhan ibadah saei tersebut anda akan berjalan lebih kurang 3 km. Jauh tak? memang jauh, kalau tak kuat, takut anda tertewas.

Tapi janganlah takut, anda boleh buat sikit-sikit. Dan tak di sarankan untuk push laju-laju, kita beribadah tawaf dan saei secara santai sahaja. Tak ada tekanan pun.

berapa kos mengerjakan umrah

Berdasarkan pengalaman mengerjakan umrah aku, Ini kos yang aku kena ketika tahun 2018 iaitu sebanyak RM 6k lebih. Sebenarnya bergantung jarak hotel yang korang pilih dengan masjid. Semakin dekat dengan masjid, semakin mahal kosnya.

Yang kedua, jumlah orang dalam satu bilik. Ada yang berkongsi bilik. Kalau ada 6 katil satu bilik, lebih murah harganya berbanding dengan satu bilik satu katil.

Sebagai pesanan kepada anda, tengok betul-betul pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi-agensi umrah. Berdasarkan pengalaman mengerjakan umrah ini, aku bimbang nanti, kalau korang tak suka ke apa ka di sana, tak boleh tukar bilik dah. Selalunya Hotel di sana akan penuh, baik buat keputusan di sini terlebih dahulu.

Macam aku pergi 5 orang, jadi kami berpecah kepada 4 + 1, kami pilih bilik 4 katil dan satu lagi akan kongsi bilik dengan mutawwif.

 

pengalaman mengerjakan umrah

 

Kos umrah untuk tahun 2021 ini masih belum diperolehi sebab masih belum ramai yang dapat pergi ke sana. Sempadan negara pun baru sahaja di buka, permit untuk umrah juga masih perlu dimohon melalui applikasi masjidil haram di sana.

Aku cadangkan, rujuk agen-agen umrah anda ya.

Pengalaman menabung untuk umrah

Aku tak ada pengalam menabung untuk umrah sebabnya kos mengerjakan umrah di tanggung oleh mak dan abah aku. jadi taklah pening-pening sangat memeikirkannya. Aku pernah terbaca, ada yang menabung rm 500 per bulan. ada juga yang menabung rm 500 pertahun.

Ia semua bergantung kepada sumber kewangan anda. Kalau boleh simpan lebih, simpanlah lebih sikit kan. Bukan apa, untuk keselesaan kita juga nanti.

 

Penutup

Akhir sekali nak mengerjakan umrah ini bukan mudah. Semoga perkongsian mengenai pengalaman mengerjakan umrah ini membantu anda semua membuat penilaian yang baik sebelum berangkat ke tanah suci.

Bila berada di sana, kita tak mahu fikirkan masalah kita, kita hanya nak fokus kepada ibadah sahaja. barulah senang nak dapat haji mabrur. betul tak?

Semoga anda semua selamat pergi dan selamat balik dari tanah suci.

Doakan juga kami di bumi Malaysia ini.

Terima kasih.

Related Articles

Back to top button