Hiburan

Sinopsis Malaysian Ghost Stories (Setiap Episod) 2021 Full

Sinopsis Malaysian Ghost Stories (Setiap Episod) 2021. Ini bukan lah drama baru sebab drama seram ini telah pun ditayangkan sejak bulan Ogos 2021 haritu. Ada 30 Episod kesemuanya dan setiap episod ada pelakon-pelakon yang berbeza.  Antara pelakon yang terlibat adalah Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo dan Kazar Saisi, Korang tahu, mulai 16 Oktober ini, Filem Penunggang Agama 2 akan mula ditayangkan tau. Jangan lupa beli tiket tau ! Berikut kami kongsikan sinopsis malaysian ghost stories di bawah ini. Baca tau ! setiap episod ada tajuk yang tersendiri. Kalau terlepas tu memang rugi gila lah.

 

sinopsis malaysian ghost stories

 

Sinopsis Malaysian Ghost Stories (Setiap Episod) 2021

Bagi yang tak tahu, drama seram ini di tayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis tau, jam 11 malam di Astro Ria dan Ria HD. Jom sambung baca. Macam manalah sinopsis malaysian ghost stories ni ya?  Zaaass! sambung baca jom !

Episod 1 – Episod 10

Episod 01 – Nenek Hostel

Pelakon: Ruminah Sidek, Chubb-E, Fadhli Masoot, Fariz Isqandar, Azman Ahmad

Sinopsis malaysian ghost stories: Sebuah asrama diganggu jelmaan nenek yang muncul sebaik lampu di matikan dan mula mengira penghuni yang belum tidur. Gangguan berlarutan hingga hampir meragut nyawa mereka. Mereka harus menyelesaikan gangguan mistik tersebut.

Episod 02 – Jin Pemusnah

Pelakon: Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Tuan Asmawi, Hamidah Wahab

Sinopsis: Rumah tangga Johan dan Munirah semakin panas. Anaknya pula sering menangis dan Munirah keguguran. Hal ini berkaitan dengan sikap Johan yang sering pulang lewat senja.

Episod 03 – Hantu Kum Kum

Sinopsis: Seorang wanita memilih jalan sesat demi kecantikan. Wajahnya menjadi hodoh setelah dia melanggar pantang larang yang dikenakan. Dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran. jom sambung baca sinopsis malaysian ghost stories episod 4 pulak.

Episod 04 – Nenek Kebayan

Sinopsis: Azri bertemu Laila di kawasan air terjun dan terpikat dengan kecantikkannya. Mereka jatuh cinta, sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.

Episod 05 – Nu Gui

Pelakon: Keith Foo, Daniella Sya, Jesse Lim, Derrick Yifan, Ammar Bahri

Sinopsis: Alice telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Tunangnya, Andy tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice. Kini roh Alice yang tak tenteram memakai baju merah mula memburu perogolnya.

Episod 06 – Hantu Raya

Pelakon: Kazar Saisi, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Tuan Asmawi

Sinopsis malaysian ghost stories: Pak Karim membela hantu raya untuk menjaga tanahnya. Suatu hari pak karim keluar menjerat ayam hutan namun hantu rayanya telah menyamar dan bersama dengan isterinya.

Episod 07 – Rumah Sewa RM100

Pelakon: Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol, Hamdan Senario

Episod 08 – Pocong

Pelakon: Janna Nick, Nesa Idrus

Sinopsis: Farah yang depresi setelah putus tunang bercuti di sebuah hotel untuk menenangkan diri. Namun kehadiran pocong yang menemaninya merosakan segalanya.

Episod 09 – Langsuir

Pelakon: Hanna Aqeela, Fezrul Khan, Razman Mahayuddin

Sinopsis: Mira yang mati dibunuh dengan kejam kembali memburu pembunuhnya. Dia merasa sedih kerana berpisah dengan suaminya dan tidak menyedari siapa dalang disebalik pembunuhannya itu.

Episod 10 – Hantu Takde Kepala (Hantu Janet)

Pelakon: Hasnul Rahmat, Erry Putra

Sinopsis: Janet mati di bunuh dengan cara kepalanya diambil sebagai satu ritual penyembahan untuk menguatkan struktur jambatan yang dibina. Hantu tanpa kepala Janet mula berkeliaran di jambatan tersebut.

sinopsis malaysian ghost stories

 

 

Sinopsis Malaysian Ghost Stories Episod 11 – Episod 10

Berikut kami kongsikan sambungan sinopsis malaysian ghost stories untuk anda.

Episod 11 – Hantu Jepun

Pelakon: Fezrul Khan, Izzy Reef, Armand Ezra, Syamim Razi, Aliff Idham, Zaki Yamani

Sinopsis: Sekumpulan remaja yang berkumpul untuk aktiviti tambahan sekolah mereka telah diganggu dengan kemunculan askar Jepun apabila salah seorang dari mereka melanggar pantang larang tempat tersebut.

Episod 12 – Penunggu Rumah Banglo

Pelakon: Hasnul Rahmat, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Tuan Asmawi, Hamdan  Senario

Sinopsis: Siti mendapat tawaran kerja sementra di sebuah rumah banglow dengan gaji yang mewah. Namun tanpa disedari penghuni rumah Siti bekerja itu telah lama mati dibunuh.

Episod 13 – Balan-Balan

Pelakon: Bella Astillah, Zahiril Adzim

Sinopsis: Amri mengikuti kekasihnya Maria untuk pulak ke kampungnya di Sabah. Suatu malam beliau telah melihat makhluk berupa kepala terbang di hadapannya untuk mencari mangsa.

Episod 14 – Hantu Air

Pelakon: Amerul Affendi, Balkisyh Semundur Khan, Fadhli Masoot, Tuan Asmawi

Sinopsis: Zaini dan rakannya telah menjumpai ancak yang dihayutkan untuk membuang saka sewaktu memancing. Tanpa di duga Zaini diam-diam telah mengambil sesuatu dari dari barang tersebut.

Episod 15 – Ulek Mayang

Pelakon: Ara Johari, Didi Astillah, Neera Azizi, Zalif Sidek

Sinopsis: Sekumpulan sahabat yang perlu menghadapi situasi getir bersama-sama apabila perlu berdepan dengan semangat “Ulek Mayang” yang muncul dan membawa petaka kepada mereka. ini sinopsis malaysian ghost stories episod 15.

Episod 16 –  Hantu Orang Asli

Pelakon: Nazim Othman, Jaja Iliyes, Kazar, Arie Zaharie

Episod 17 – Nishi Dak

Pelakon : Jasper Supayah, Apit Wan Lebo, Jaegan

Sinopsis malaysian ghost stories: Sebagai pengurus baru Gopal telah berpindah ke sebuah estet di kawasan pendalaman bersama keluarganya. Tanpa disangka anaknya telah hilang diambil Nishi Dak, roh jahat yang tidak tenteram.

Episod 18 – Misteri Topeng Barongan

Pelakon : Fizz Fairuz, Saiful Wazien

Sinopsis: Sufian merupakan seorang pengumpul barangan antik dan juga influencer di media sosial yang sering berkongsi maklumat barang-barang antik yang dimiliknya. Sahabatnya Joey, beri tahu tentang Melissa yang mahu menjual ‘Topeng Barongan’ milik koleksi peribadi arwah Ayahnya di IG. Selepas dia memiliki Topeng Barongan itu, pelbagai kejadian aneh berlaku seperti topeng itu yang selalu beralih kedudukannya dengan bergerak sendiri.

Episod 19 – Hantu Public Phone

Pelakon : Janna Nick, Khatijah Tan, Balkisyh Semundur Khan

Sinopsis: Zana telah mengangkat deringan telefon di sebuah pondok telefon yang aneh. Sejak itu pelbagai gangguan muncul dan menghantui hidupnya dan merungkai sebuah rahsia yang tersimpan.

 

sinopsis malaysian ghost stories

Berikut kami kongsikan sambungan sinopsis malaysian ghost stories untuk anda.

Episod 20 – Sumpahan Abu Mayat

Pelakon : Nina Kho Siew Ching, Kahoe Hon, Angeline Tan

Sinopsis: Susan & Gary merupakan pasangan yang ceria dan bahagia. Namun suatu hari Susan ditemui mati tergantung di hadapan rumah bersama sepucuk nota bunuh diri.

Episod 21 – Penunggu Pohon Beringin

Pelakon : Johanarrif Arrif, Jaja Iliyes, Nadia Brian, Tuan Asmawi

Sinopsis malaysian ghost stories: Sumpahan Seroja yang difitnah dan dihukum mati di Pohon Beringin membawa malapetaka kepada seluruh kampung. Sejak kejadian itu pohon beringin itu menjadi tempat menghantar ancak untuk menjamu penunggu itu.

Apa pula sambungan sinopsis malaysian ghost stories yang seterusnya?

Episod 22 – Jenglot

Pelakon: Julia Farhana, Fimie Don, Syazlin Zainal, Wahid Senario

Sinopsis: Sepasang penuntut yang sedang mengkaji asal usul jenglot tidak menyedari mereka semakin hampir dengan bahaya yang besar. Jenglot yang disangka mitos itu muncul merebut raga yang baru.

Episod 23 – Mohini

Pelakon: Irfan Zaini, KR Karishma, Jayshree, Tuan Asmawi, Norshaida

Sinopsis: Mohini jelmaan wanita mati bunuh diri setelah hubungan cintanya tidak kesampaian. Sejak dari itu roh gentayangan itu mencari mangsa sebagai penganti kekasihnya untuk cinta mereka yang tidak kesampaian.

Episod 24 – Pulangkan  Jari Aku

Pelakon: Niezam Zaidi, Razman Mahayuddin, Khatijah Tan

Sinopsis: Sadam yang telah meninggal dunia kerana kemalangan kembali pulang ke rumah untuk meminta jarinya yang tidak sempurna. Seluruh kampung dihantui hantu tanpa jari yang mengetuk pintu mereka.

Episod 25 – Misteri Karak Highway

Pelakon: Johan Asaari Arrif, Erry Putra, Aiman Shuffie

Sinopsis: Tiga sahabat yang ingin ke Kuala Lumpur memilih untuk melalui jalan Karak lama untuk mengelak kesesakan. Namun ketika melalui jalan tersebut mereka menempuhi pengalaman yang menyeramkan.

Episod 26 – Janin

Pelakon: Nazim Othman, Neera Azizi, Delimawati

Sinopsis: Hani & teman lelakinya telah melakukan pengguguran bayi berkali-kali dengan bantuan seorang bidan kampung. Namun kelakuan buruk meraka kali ini membawa padah apabila janin itu tidak ditanam degan betul.

Episod 27 – Kellie’s Castle

Pelakon: Usop, Nadia Brian

Sinopsis: Seorang pemuda yang nakal mendapat balasan apabila dia terperangkap di dalam Kellie’s Castle pada waktu malam. Gangguan demi gangguan sebagai balasan kejahatan yang dia lakukan. Macam seram jer sinopsis malaysian ghost stories kali ni. huhuhu

 

sinopsis malaysian ghost stories

 

Episod 28 – Bomoh Puaka

Pelakon: Fauzi Nawawi, Nadya Syahera, Dilla Ahmad, Reza Hasbi, Apit Wan Lebo

Sinopsis: Hafizullah yang merasa tertipu dengan khidmat seorang bomoh untuk mendapatkan jawatan telah membunuh bomoh itu dengan kejam. Sejak kejadian itu hidupnya sentiasa dihantui jelmaan bomoh tersebut.

Episod 29 – Jembalang Tanah

Pelakon: Fikhree Bakar, Zeera Azizi, Ryzal Jaafar

Sinopsis malaysian ghost stories : Ridhwan memutuskan untuk memecahkan sebuah busut besar yang ada di kebunya telah mengundang amukan dari jembalang tanah yang tinggal di situ. Satu-persatu nyawa ahli keluarganya menjadi buruan.

Episod 30 – Hantu Kopek

Pelakon: Delimawati, Reza Hasbi, Nadya Syahera, Wahid Senario

Sinopsis: Kehadiran hantu kopek telah menimbulkan kerisauan penduduk kampung apabila anak-anak menjadi sasaran dan hilang disorok hantu tersebut. Kehilangan Fafa memaksa Pak Mad untuk bertindak melawan makhluk itu.

 

Itu saja keseluruhan sinopsis malaysian ghost stories untuk anda. Kalau nak tengok episod penuh, anda boleh tonton di Astro Ria tau ! Selamat Menonton!

Related Articles

Back to top button