Hiburan

Amazing! Senarai Peserta Gegar Vaganza 2021 Full #GV8

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2021 Full. Hai korang! kali ini aku nak kongsikan pula mengenai GV8 ! Dah nak mula dah tau! Tak sabar sebenarnya untuk tengok artis-artis kegemaran kita kembali beraksi dalam pentas gegar vaganza ni.

Musim lepas banyak drama dan juga kontroversi yang melanda antaranya adalah kehadiran ” penonton” di dalam dewan menjadi persoalan netizen. Namun begitu, tidak ada penonton pun yang hadir, sebaliknya hanya lah patung berwajah manusia yang di letakkan dalam dewan bagi menampakkan ramai orang di sana.

untuk musim baru ni, macam mana pula agaknya. Rasanya ramai yang belum tahu senarai peserta  gegar vaganza 2021 ni lagi kan. kalau tak tahu, jom sambung baca di bawah.

senarai peserta gegar vaganza 2021

Aku sebenarnya masih teringat macam mana kontroversi yang berlaku dalam GV ke 6 dulu. Yang mana kita dapat saksikan para juri telah memilih dua juara dalam musim tersebut.

Mungkin kerana Hady Mirza dan Naqiu itu sama-sama hebat jadi mereka rasa tidak adil untuk memilih hanya satu juara pada malam tersebut.

Aku masih ingat lagi, betapa marahnya para peminat Naqiu bila ada dua juara pada masa tu. haha. Semua ini kenangan yang dicipta oleh produksi GV sehinggakan rancangan ini masih dapat bertahan sehingga memasuki musim ke 8.

Sebelum korang baca senarai peserta gegar vaganza 2021 ini, aku nak bagi tahu yang aku dah kemaskini senarai top 5 abpbh 2021 yang akan berlangsung pada 13 November ini. Jangan lupa check it out tau !

8 tahun sudah berlalu, siapakah senarai peserta gegar vaganza 2021 yang akan menyerlah pada musim ini? sama-samalah kita saksikan.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2021 Full

 

Untuk peminat-gegar vaganza, seramai 13 orang peserta telah terpilih dari pelbagai latar belakang untuk menyertai pertandingan ini. Walaupun pelbagai latar belakang, tetapi mereka mempunyai kepakaran dalam bidang nyanyian.

Mereka bukanlah artis suam-suam kuku tetapi penyanyi yang telah berjaya di era mereka. Kini mereka kembali bagi memeriahkan lagi industri musik tanah air dan pada masa yang sama mengangkat kembali nama mereka yang kini telah suram.

13 peserta gegar vaganza 2021 adalah Bandi Amuk, Adibah Noor, Ani Mayuni, Aweera, Azan Scan dan Aliff Aziz.

Shidee, Fazley Yaakob, Nikki Palikat (Malaysian Idol), Suki Low (OIAM), Upiak Isil (Indonesia), Saiful Apek + Yassin (Senario), Kumpulan NICO.

Pendapat aku, musim ke lapan ini ada banyak lagenda dan juga penyanyi yang sudah pernah terkenal sebelum ini. Kita juga ada peserta dari Indonesia dan juga dari Singapura.

Senarai peserta gegar vaganza 2021 : peserta tumpuan

Bagi aku, peserta tumpuan musim ini adalah Adibah Noor dan juga Bandi Amuk. Cuma aku tak tahu kenapa Apek dengan Yassin join GV musim ni?

Ke diorang nak promote Senariounion yang akan mengeluarkan filem terbaru mereka nanti? Fuhh tak sabar nak tengok persembahan kesemua senarai peserta gegar vaganza 2021 ini.

Korang dah ready nak join team siapa musim ini?

Tarikh Gegar Vaganza 2021

Aku lupa nak bagi tahu, rancangan gegar vaganza 2021 ini akan mula ditayangkan pada 21 November 2021 ini tau! Seperti Biasa di saluran Astro Ria dan Ria HD. Waktu siaran pula seperti biasa pada jam 9 malam setiap hari Ahad tau.

Komen Adibah Noor selepas menyertai senarai peserta gegar vaganza 2021.

Aku sempat baca satu artikel mengenai temu bual dengan salah seorang peserta iaitu Adibah Noor.  Katanya setiap tahun pasti ada peminat-peminat yang meminta dirinya masuk gegar vaganza.

Tahun ini kali pertama dia di offer untuk menyertai pertandingan ini dan dia terus terima kerana permintaan peminatnya.

‘ Saya bakal menjadi murid yang baik kali ini dan tidak akan masuk ke dalam aura yang orang sedia maklum kerap protes dan asyik nak complaint’ ujar Adibah Noor kepada Astro Gempak.

 

Senarai Juara Gegar Vaganza Musim Terdahulu.

 

Kalau di tengok pada senarai peserta gegar vaganza 2021, siapakah pada ramalan anda yang akan bergelar juara?

Sekadar untuk mengingatkan kita semua mengenai juara-juara gegar vaganza untuk 7 musim sebelum ini yang terdiri daripada Ayai (GV 1), Siti Nordiana ( GV 2), Azharina ( GV 3), Aishah ( GV4), Noryn Aziz (GV 5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV 7).

Siapakah pula juara gegar vaganza untuk musim ke 8 ini? Kalau nak tahu, kenalah tonton sehingga selesai persembahan setiap minggu para peserta tau.

Untuk pemilihan juri pula, musim ini Gegar Vaganza masih mengekalkan Tok Ram atau Dato Ramli MS sebagai ketua juri. Diikuti dengan juri nyanyian dari Indonesia iaitu Hetty Koes Endang. Juri ketiga untuk musim ini adalah Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala untuk pengacara GV8 pula, masih dikekalkan gandingan pengacara selama 7 musim sebelum ini iaitu Jihan Muse dan juga Nabil Ahmad.

Gandingan Jihan dengan Nabil dalam gegar vaganza memang sangat lain daripada yang lain. Mana taknya kalau korang perasan, mereka ini macam saling melengkap di antara satu sama lain.

 

Kalau Nabil terlupa, maka jihan akan ingatkan.

Kalau Jihan lupa, Nabil kalau dia ingat, dia akan ingatkan.

Memang nampak perbezaan yang sangat lain bila Nabil bergandingan dengan Jihan.

Selalunya aku suka tengok diorang buat lawak atas pentas GV, Ditambah pula mereka dua ni memang suka bahan juri. Yang selalu jadi mangsa adalah Tok Ram.

Tapi aku respek Tok Ram sebab dia tak pernah nampak terasa hati dengan Nabil atau Jihan yang jenis suka mengusik dia ketika di pentas GV.

Tok Ram pun rajin juga balas balik tapi mereka tak pernah rasa hilang hormat di antara satu sama lain. Ini yang kita mahu.

Format pertandingan ramai dah tahu. Setiap minggu akan ada penyingkiran dan  peserta yang mendapat markah tercorot akan di singkirkan .

Dari segi markah pula memang 100% adalah dari juri dan tidak ada undian-undian daripada peminat. Aku rasa akan ada anugerah-anugerah setiap minggu macam musim-musim sebelum ini. Tapi kita nantikan pengumumannya pada konsert minggu pertama gegar vaganza 2021 nanti.

Jadi para peserta kena buat yang terbaik setiap minggu bagi mengelakkan mereka dari tersingkir awal dan pulang awal.

Dalam ramai-ramai peserta dalam senarai peserta gegar vaganza 2021, peserta manakah yang akan tersingkir dulu?

Harapan Peminat.

 

Aku yakin ramai peminat GV ni sentiasa mengharapkan penyanyi-penyanyi lagenda ini akan memberikan yang terbaik. Setiap musim akan ada artis lagenda yang menyertai pertandingan ini.

Setiap musim jugalah kita di sajikan persembahan berkualiti dari mereka. Oleh itu, musim ini kita ada ramai dalam senarai peserta gegar vaganza 2021 ini merupakan penyanyi lagenda yang akan beraksi di pentas berprestij ini.

harapan dari peminat sudah pasti nak tengok persembahan yang lebih berkualiti dari kesemua peserta yang bertanding.

Jangan banyak drama pula nanti ya.

Penutup.

Aku dah tengok gegar vaganza ni sejak dari musim pertama lagi. Banyak perubahan yang telah berlaku. Ramai peserta yang mendapat pujian oleh para peminat dan ada yang menjadi mangsa kecaman netizen.

Itulah lumrah bertanding dalam gegar vaganza ni. Aku harap kesemua senarai peserta gegar vaganza 2021 ini tidak akan berputus asa, tetapi terus memberikan saingan kepada para peserta yang lain.

Tidak buang masa melayan provokasi media yang hanya untuk menghangatkan lagi suasana pertandingan ini.

Semoga berjaya buat kesemua senarai peserta gegar vaganza 2021 ini. Harap tak ada yang tersingkir pada minggu pertama nanti. hehehe.

 

Related Articles

Back to top button