Uncategorized

Senarai Top 5 ABPBH 2021 Full #ABPBH34

Senarai Top 5 ABPBH 2021. Pada 13 November 2021 ini, barisan para artis baru dan lama akan bergabung dalam pentas berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2021. Anugerah ini juga telah memasuki tahun yang ke 34 sejak di perkenalkan. Ramai artis yang telah di raikan dalam setiap anugerah yang dilangsungkan. Bagaimana pula untuk tahun ini? Pasti para peminat tak sabar nak tengok siapa yang akan menjadi Bintang Paling Popular untuk tahun ini. Tapi sebelum itu, jom baca Senarai Top 5 ABPBH 2021 ini.

Sebelum itu, untuk tahun 2021 ini, ABPBH 21 masih mengekalkan format sebelum ini dengan acara ini berlangsung tanpa penonton. ia berikutan keadaan semasa yang masih tidak mengizinkan untuk mereka menerima penonton dalam majlis anugerah ini.

 

TOP 5 ABPBH 2021

Justeru, Pihak ABPBH juga memahami kehendak peminat yang masih setiap dengan abp dalam proses pengundian bagi memastikan artis kegemaran mereka akan menaiki pentas untuk menerima anugerah yang selayaknya.

Sebelum kita tengok siapa top 5 abpbh 2021 ini, apa kata korang baca dulu sinopsis drama melancholia ini. Drama ini adalah drama korea yang mula ditayangkan pada 10 November baru-baru ini. Katanya dah semakin viral tau!

 

Senarai Top 5 ABPBH 2021

Setiap tahun, pasti akan ada senarai calon top 5 yang akan memeriahkan final abpbh. macam tahun ini terdapat 14 kategori dipertandingkan. Jom kita tengok Senarai Top 5 ABPBH 2021 di bawah ini.

 

Senarai Top 5 ABPBH 2021  : Kategori utama :-

Jom kita mulakan Senarai Top 5 ABPBH 2021 ini dengan bahagian utama iaitu kategori utama yang di pertandingkan.

 

Artis Baharu Lelaki Popular 

>> Nadhir Nasar, Meerqeen, Aliff Iskandar, Fadh Majid, Dinie Rashid

 

Artis Baharu Wanita Popular

>> Aisha Retno, Loca B, Kumpulan Dolla, Norreen Iman, Farisha Iris

 

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi

>> Azzam Sham, Haqiem Rusli, Naqiu, Khai Bahar, Amir Masdi

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi

>> Siti Nordiana, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Sissy Imann, Wani Kayrie

 

Pelakon Filem Lelaki Popular

>>Fattah Amin, Sharnaaz Ahmad, Syahmi Sazli, Syafiq Kyle, Izuan Fitri

 

Pelakon Filem Wanita Popular

>>Janna Nick, Zahirah Macwilson, Nelydia Senrose, Sherry Alhadad,  Aprena Manrose

 

 

Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi

>> Adam Lee, Hun Haqeem, Shukri Yahaya, Ben Amir, Nazim Othman

 

Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi

>> Mira Filzah, Siti Saleha, Uqasha Senrose, Intan Najuwa, Sweet Qismina

 

 

Artis Versatil Popular

>> Siti Nordiana, Mira Filzah, Janna Nick, Erra Fazira, Sissy Imann

 

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular

1. Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli – Lara

2. Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta – 7 Nasihat

3. Aina Abdul, Khai Bahar – Nafas Cinta

4. Kumpulan Dolla – Dolla Make You Wanna

5. Khai Bahar, InTeam – Setanggi Syurga 2020

 

Artis Komedi Popular

>> Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero, Asif Suhaimi, Ain Edruce

 

Penyampai Radio Popular

>> DJ Lin, Jep Sepahtu, Sharifah Shahirah, Tyzo, Siti Elizad

 

Pengacara TV Popular

>> Jihan Muse, Sherry Alhadad, Janna Nick, Mira Filzah, Azira Shafinaz

 

Watak Animasi Popular

>> Ejen Ali, Upin Ipin, Boboiboy, Mechamato, Alif & Sofia

 

  TOP 5 ABPBH 2021 : TEMA MALAM ANUGERAH.

 

Setiap tahun pasti akan ada majlis anugerah besar-besaran seperti ini. Setiap tahun jugalah akan ada tema yang akan menghangatkan lagi majlis tersebut.

Macam tahun ini, Abpbh 2021 mempunyai tema yang menarik iaitu #KITABERSAMA. Tema ini juga menunjukkan solidariti mereka dan kita semua kepada para frontliners yang telah berjuang melawan pandemik ini.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat kita yang melalui fasa yang susah sepanjang kita dalam pandemik ini. Justeru, majlis ini pasti lebih bermakna jika semua menghargai pengorbanan dan keperitan sahabat-sahabat kita sepanjang tahun ini dan tahun sebelumnya.

Diharap suasana negara kita akan kembali seperti sedia kala. Oh ya! katanya ada kategori online dalam top 5 abpbh 2021 ini? nak tahu siapakah mereka? jom sambung baca di bawah ini.

 

Senarai Top 5 ABPBH 2021 : Kategori online :-

Selesai kategori utama, kini kita tengok siapa yang ada dalam Senarai Top 5 ABPBH 2021 bagi kategori online. Bagi kategori ini, para peminat akan mengundi secara atas talian.

 

Gandingan Serasi Drama Popular

 

1. Kamal Adli, Uqasha Senrose – Perempuan Tanpa Dosa

2. Shukri Yahaya, Siti Saleha – 7 Hari Mencintaiku 2

3. Hun Haqeem, Wanna Ali – Angkara Cinta

4. Ben Amir, Amira Rosli – Sang Pewaris

5. Sweet Qismina, Adam Lee – Bidadari Salju

 

Gandingan Serasi Filem Popular

 

1. Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose – Jebat

2. Wanna Ali, PU Riz – Ada Apa Dengan Dosa

3. Syafiq Kyle, Mimi Lana – Saka Nan Sepi

4. Syahmi Sazli, Emaleen Minhad – Mael Totey The Movie

5. Nabil Aqil, Ika Nabella – Takut Ke Tak

 

Watak Antagonis Popular

 

1. Hannah Delisha – Cinta Sekali Lagi

2. Liza Abdullah – 7 Hari Mencintaiku 2

3. Fify Azmi – Ryan Aralyn

4. Ashraf Muslim – Ada Apa Dengan Dosa

5. Ain Edruce – Camelia

 

YouTuber Popular

 

1. Azfar Heri

2. Che Nom

3. Alieff Irfan

4. Aqil Zulkiflee

5. Cikidot Channel

Siapa pula pengacara ABPBH kali ini?

Pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34.

Untuk tahun ini, ABPBH membuat sedikit kelainan apabila mereka melantik Sherry Al Hadad sebagai pengacara tunggal acara ini di pentas utama.

Sherry akan dibantu dua orang pengacara bagi acara karpet merah iaitu Izzue Islam dan juga Sissy Iman. Dengan kehadiran dua pengacara ini pasti akan membantu kelancaran majlis ini.

Senarai Artis Buat Persembahan pada ABPBH 34.

Acara yang akan berlangsung pada sabtu ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis baru dan artis lama. Antara mereka yang akan membuat persembahan bagi para otai pula adalah Datuk Zainal Abidin, Jay Jay, Ella, Anuar Zain, Man Kidal, Fauziah Latiff dan Ramlah Ram.

Manakala bagi artis baru yang akan membuat persembahan adalah Haqiem Rusli, Hazama, Kaka Azraff, Zizi Kirana, Aina Abdul, Syamel dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Fakta ABPBH 2020

Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular berita harian untuk tahun 2020 yang lalu. Populariti Haqiem memang tak boleh disangakakan lagi.

Ramai betul peminat Haqiem Rusli yang menghargai bakatnya. Tahun ini Dia juga dijangka akan memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Penutup

Akhir sekali, jangan lupa saksikan kehangat anugerah bintang popular berita harian yang ke 34 ini yang akan berlangsung pada 13 November 2021 ini.

Teruskan beri sokongan kepada para artis yang bertanding danjuga yang membuat persembahan dalam pentas final itu nanti.

jom kongsikan senarai top 5 abpbh 2021 ini di facebook korang! kita hangatkan lagi suasana menjelang majlis yang berprestij ini.

Related Articles

Back to top button