drama

Popular! Sinopsis Drama Cukup Derita Itu 2 Full

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu 2 Full. Hai korang,  hari ini aku nak kongsi info berkaitan drama melayu pula ya.  Sebenarnya drama cukup derita itu ini sebenarnya pernah ditayangkan pada pertengahan tahun 2021 ini. Namun begitu tayangan drama ini terpaksa di tangguhkan kerana para produksi drama ini tidak dapat menghabiskan baki episod yang tinggal. Ia berikutan dari perintah kawalan pergerakkan 3.0 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Alang-alang dah tak leh sambung, terus tambah buat musim kedua terus kan. Berikut kami kongsikan sinopsis drama cukup derita itu 2. Bagi yang tak tahu, drama ini akan mula ditayangkan untuk musim keduanya bermula 15 november 2021 ini.

sinopsis drama cukup derita itu 2

Tak sabar sebenarnya nak tahu kesudahan drama ni. Sebab harikan tergantung, jadi tak puas tengok. Jom sambung baca sinopsis drama cukup derita itu 2 dibawah ini .

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu 2 Full

Untuk musim kedua ini, drama ini hanya mempunyai  20 episod sahaja dan akan disiarkan pada hari isnin hingga khamis pada jam 10 malam. Seperti biasa, drama ini akan mengambil slot samarinda.

Apa sinopsis drama cukup derita itu 2?

Drama ini mengisahkan tentang Ellani dan Ellana. Diorang ni merupakan kembar tapi yang sedihnya mereka telah kehilanagan ibu dan bapa mereka sejak mereka kecil lagi.

Kini Ellani dan Ellana tinggal dengan mak saudara diorang namanya Mak Ngah Gayah. Tapi ia menimbulkan satu masalah kepada ellani. Sebab dia tak ngam dengan mak ngah dia. Tetapi Ellana pula sangat rapa dengan mak ngah dia.

Layanan yang mereka terima juga sangat berbeza. Ellana di tantang bagai minyak yang penuh, tetapi ellani di abaikan dan di dera oleh mak ngah dia.

Kalau korang tengok dalam musim pertama hari tu memang boleh membuatkan korang sakit hati dan geram dengan perangai si mak ngah tu.

Namun setelah dah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran yang merupakan seorang pensyarah. Ellana dah mula jatuh hati dengan Zarul dan mereka sudah merancang untuk berkahwin.

Tetapi si zarul ni tiba-tiba kemalangan dan kemudiannya dia hilang ingatan. Secara tiba-tiba zarul mula meminati ellani dan ingin berkahwin dengan ellani pula.

Apalagi, mengamuklah si ellana tu. Dia nekad mahu merosakkan rumah tangga ellani.

Sambungan sinopsis Drama cukup derita itu 2

Ellana dan Mak Ngah dengki dengan Ellani bila dia akan kawin dengan orang kaya. Maka banyaklah idea buruk diorang nak hapuskan keluarga Ellaini.

Tapi berlaku sebaliknya apabila Mak Ngah tiba-tiba lumpuh , Ellana pula lari entah kemana. Ellaini yang dibenci itulah yang mengambil amanah untuk menjaga mak cik mulut puaka tu.

Tapi dalam musim kedua, katanya Zarul mula menyukai ellana kembali. Dia siap hantar lafaz cerai terhadap Ellani demi nak balik semula kepada Ellana.

Apa sudah jadi kepada Zarul ni!!! Kalau nak tahu, kenalah tonton drama cukup derita itu ini ya.

Aku kongsikan episod terakhir drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan sebelum PKP 3.0 tempoh hari.

Dalam episod terakhir itu, Ellani marah manja dengan suaminya si zarul bila dia nampak pokok getah yang ditoreh oleh Zarul tu.

Ellani tiba-tiba naik angin dengan suaminya kerana merosakkan pokok getah kerana Zarul bukannya menolong tetapi menyusahkan dirinya lagi.

Sudah berbuih mulutnya menghalang agar jangan menoreh tetapi Zarul berdegil. Mendengar isterinya membebel geram, Zarul minta maaf.

Dia cuba hendak buat yang terbaik untuk isterinya, tidak mahu isterinya bersusah payah bekerja tetapi niat baiknya menjadi sebaliknya.

itu sahaja sinopsis drama cukup derita itu 2 ini. Tak sabar nak tahu kesudahannya kan.

INFO DRAMA

 

epas dah baca  Sinopsis Drama Cukup Derita Itu 2, aku nak bagitau yang dramai ini diarahkan oleh Along Kamaludim dam penulis skripnya adalah Falriqz Naail dan Zuyyin.

Drama ini juga merupakan drama adapatasi dari novel karya Siti Rosmizah tau. Penulis novel yang sama yang membuat drama 7 hari mencintaiku yang viral tu.

Watak-Watak Dalam drama ini.

 

Kita tahu ramai pelakon hebat dalam drama ini. Sebab itu karya berat ini berjaya menambat hati penonton. Watak-watak pelakon dalam drama ini antaranya adalah Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran dan Ruhainies sebagai Ellani.

Chacha Maembong pula sebagai Ellana dan Lia Natalia sebagai Salwa. Drama ini juga turut dikuatkan dengan pelakon Didie Alias sebagai Mak Yek dan Dian P Ramlee sebagai Mak Long.

Kita ada pelakon Rosnah Johari sebagai Datin Mahani dan Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis. Kemudian kita ada pelakon Jasmin Hamid sebagai Mak Gayah dan Sera Melissa sebagai Ayu.

Pelakon Mubarak Majid turut menjayakan watak sebagai Mat Terup dan pelakon Fahrin Ahmad sebagai Fariz. Yang terakhir adalah pelakon Farhan Asri sebagai Amirul.

Penutup.

Jangan lupa untuk tonton drama best ini mulai 15 november 2021 ini. Jangan lupa juga untuk kongsikan sinopsis drama cukup derita itu 2 ini di facebook anda ya.

Sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ellana, ellani dan zarul ni. Dapat tak Ellani bahagia dengan suami tercinta atau dia akan terpaksa berkorban demi kebahagian ellana.

Nak tahu? Jom kita tengok!

Related Articles

Back to top button