Big Stage 2022

Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022

Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022 dan Penyanyi Lagu Kucu Kuca. Baru-baru ini telah diumumkan senarai peserta big stage 2022 dan salah satu daripada mereka adalah penyanyi baru yang viral dengan lagu kucu kuca. Siapa lagi lain tak bukan Lia Aziz. Gadis berusia 18 tahun ini akan beraksi bersama dengan Budak Budak baru nak up dalam big stage 2022 nanti.

 

biodata lia aziz

 

Selain lia, peserta lain yang turut terlibat dalam big stage 2022 adalah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei), Tegar Septian (Indonesia).

 

Biodata Lia Aziz, Peserta Big Stage 2022 dan Penyanyi Lagu Kucu Kuca

Aku tahu ramai yang kenal dengan lia aziz ini sebab lagu kucu kuca kan. Nama sebenar penyanyi lia aziz ini adalah Nur Aliah Faizana Abdul Aziz dan kini dia baru berusia 19 tahun tau! Muda lagi rupanya..

Lia Aziz ini dilahirkan pada 27 Januari 2003 dan dia mempunyai hobi merakam lagu lagu cover di instagram tau. Lagu pertama yang mendapat perhatian adalah lagu empat dara.

Untuk genre lagu pula, lia lebih suka dengan genre balada dan R & B. sebab itu lagu-lagu dia catchy skit kan.

Idola bagi lia aziz adalah penyanyi Ernie Zakri dan Ainal Abdul kerana mereka ini bukan sahaja mampu menyanyi tetapi mengetahui selok belok ilmu nyanyian itu sendiri.

Lagu single pertama Lia aziz adalah kucu kuca dan single kedua adalah Pergilah Derita yang mana Lia berduet dengan Asfan Shah.

Laman instagram Lia Aziz – https://www.instagram.com/liaaa.aziz/

biodata lia aziz

Penutup.

Semooga perkongsian mengenai biodata lia aziz ini dapat membantu korang berkenalan dengan penyanyi baru yang sedang meningkat naik ini ya.

 

Related Articles

Back to top button