Big Stage 2022

Senarai Peserta Big Stage 2022

Senarai Peserta Big Stage 2022. Tidak lama lagi gegar vaganza 8 akan melabuhkan tirainya dan sudah pasti rancangan realiti yang akan menggantikannya adalah rancangan nyanyian big stage. Kalau dikira semula, Big Stage bakal memasuki musim keempatnya tahun ini yang mana 3 orang juara telah dipilih untuk 3 musim sebelum ini.

Juara-juara musim sebelum ini adalah Sarah Suhairi merupakan juara musim pertama, Han Byul ( Korea Selatan ) juara musim kedua dan juga Azzam Sham juara musim ke tiga. Siapakah barisan peserta big stage 2022 nanti? jom sambung baca!

Peserta Big Stage 2022

Senarai Peserta Big Stage 2022

Untuk musim keempat ini, ada kelainan sedikit dari segi jumlah peserta apabila hanya 11 orang peserta akan bertanding dalam big stage ini. 9 orang peserta big stage dari Malaysia, seorang dari Brunei dan seorang dari Indonesia.
Berikut merupakan senarai peserta big stage 2022 untuk anda.

Peserta perempuan.

  1. Aisha Retno
  2. Elica Paujin
  3. Lia Aziz
  4. Yazmin Aziz
  5. Sofiaa Marieylla.

Peserta lelaki

  1. Megat Rahim
  2. Ajoi Zainal
  3. Danial Chuer
  4. Tuah Adzmi
  5. Syafiq Abdilah (Brunei)
  6. Tegar Septian (Indonesia).
Siapakah pilihan anda untuk musim 2022 ini? peserta big stage 2022

Format Pemarkahan Big Stage 2022.

Bagi yang tak tahu macam mana markah big stage di kira, meh aku terangkan.
Markah persembahan mereka akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online.
Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh panel juri setiap minggu. Mereka akan menilai persembahan para peserta secara terus di konsert mingguan big stage.
Dari situ, hanya 3 bintang yang mendapat markah terendah yang akan memasuki proses bahagian kedua iaitu undian dari peminat.
Selepas itu, peserta yang mendapat markah terendah dan undian terendah akan di singkirkan.
Undian boleh dilakukan di laman web www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Tarikh Konsert Pertama Big Stage 2022.

Pasti ramai yang tak sabar nak tengok konsert minggu pertama nantikan. Bagi yang belum tahu, konsert pertama tersebut akan berlangsung pada 6 Febuari 2022 nanti.
Konsert Big Stage 2022 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Februari 2022.
Kiranya big stage ni menggantikan Gegar vaganza lah ya.
peserta big stage 2022

Penutup.

Aku boleh katakan peserta big stage 2022 kali ini sangat lain dari yang lain. Tak ramai yang terkenal di luar sana terutamanya dalam dunia seni. Namun begitu pentas ini akan menyaksikan bakat mereka dicungkil dan di nilai.
Sama ada boleh menyanyi atau tidak. sama-sama kita nantikan persembahan kesemua peserta big stage 2022.

Related Articles

Back to top button