berita

28825 kes baharu Covid 19 semalam (19 Februari 2022)

28825 kes baharu Covid 19 semalam. Malaysia merekodkan 28,825 kes baharu penularan Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,194,848 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 28,734 kes tempatan dengan 663 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

28,825 kes baharu Covid-19 semalam

Mengulas mengenai kes semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 99.67 peratus bersamaan 28,730 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

28825 kes baharu Covid 19 semalam

“Pecahan daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 70.49 peratus iaitu 20,318 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori dua manakala 8,412 kes (29.18 peratus) adalah pesakit kategori satu.

“Selebihnya, bagi kategori tiga terdapat 59 kes (0.2 peratus), kategori empat dengan 22 kes (0.08 peratus) serta bagi kategori lima adalah seramai 14 kes (0.05 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan 95 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 28 kes iaitu 29.47 peratus belum divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“Selain itu 49 kes sudah menerima dua dos vaksin.

“Sebanyak 18 kes sudah menerima dos penggalak, berumur 60 tahun ke atas (41 kes), mempunyai komorbid (48 kes) dan meninggal dunia (sembilan kes) termasuk empat kes ‘brought in dead’ (BID),” katanya.

Mengulas mengenai pertambahan 12 kluster baharu di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan hingga kini terdapat 492 kluster yang masih aktif di negara ini.

“Perkembangan ini secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,704 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan,” katanya.

Katanya, dalam pada itu, bagi kes yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hingga kini terdapat sejumlah 238 kes iaitu 97 daripadanya disahkan dijangkiti Covid-19 dengan 141 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Bagi pesakit dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat seramai 130 kes iaitu 57 kes disahkan Covid-19 serta 73 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, semalam terdapat 18,514 kes sembuh direkodkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus berkenaan adalah sebanyak 2,919,196 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menjelaskan bilangan pesakit Covid-19 katil bukan ICU dan ICU meningkat manakala pesakit Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) menurun berbanding semalam.

“Penggunaan katil kes kritikal atau ICU di tiga negeri iaitu Johor (70 peratus), Kuala Lumpur (64 peratus) dan Kelantan (50 peratus) menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

“Manakala bukan ICU di 10 negeri iaitu Selangor (95 peratus), Kelantan (93 peratus), Putrajaya (92 peratus), Perlis (90 peratus), Sabah (82 peratus), Johor (82 peratus), Kuala Lumpur (72 peratus), Perak (70 peratus), Pahang (55 peratus) dan Pulau Pinang (50 peratus) menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus,” katanya.

Katanya, lapan negeri iaitu Selangor, Terengganu, Sabah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kelantan menunjukkan peratusan pengisian katil di PKRC melebihi 50 peratus.

“Bagi pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 130 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 37 peratus,” katanya.

Related Articles

Back to top button