Big Stage 2022Biodata Artis

Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

Biodata Penuh Aishah Retno

Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022. Kali ini pula, kami nak kongsikan mengenai profil dan info berkaitan salah seorang peserta big stage 4 iaitu Aishah Retno. Bagi aku, nama aishah ini bukanlah asing dalam dunia seni. Sebelum ini, dia juga pernah memenangi sebagai juara Vokal Mania yang ditayangkan di TV3. Tapi mungkin masih ramai yang tak kenal kan, jadi kami kongsikan biodata aisha retno ini untuk anda.

 

biodata aishah retno

Selain Aishah, peserta lain yang turut terlibat dalam big stage 2022 adalah Tegar Septian, Elica Paujin,  Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei), dan Lia Aziz.

Biodata Aisha Retno, Peserta Big Stage 2022

 

Bagi yang tak tahu, sambil korang baca biodata aisha retno ni, aku nak kongsikan juga yang nama penuh aishah adalah Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam. Dia dilahirkan pada 1 ogos 2000 tau. masih muda lagi, kira-kira sekarang ini dah memasuki umur ke 22 tahun.

Aishah ni mempunyai darah kacukan melayu indonesia dan pada masa yang sama, dia juga merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Dia ada seorang abang bernama sayed abu hanifa radityo. nama diorang ni memang lain dari lain kan..

Patutlah nama aishah pun ada kelainan mungkin kerana ada campuran dengan budaya indonesia.

biodata aishah retno

Instagram : Instagram aishah retno.

Bakat dan kerjaya Dalam Biodata Aisha Retno

 

Bakat Aisha ini sebenarnya di warisi oleh ibunya yang juga merupakan bekas penyanyi era 1980 an dulu. Emak aishah ini boleh dikatakan se zaman dengan bunda hetty koes endang tau. Kenapa bonda hetty? sebabnya emak kepada aishah merupakan warga indonesia dan merupakan penyanyi di sana.

Pada tahun 2018, Aisha berjaya melangkah lebih tinggi dalam dunia seni apabila dia berjaya mengikat kontrak bersama dengan syarikat sony music malaysia. kerjasama ini juga menyaksikan, lagu mengikat jiwa berjaya dikeluarkan pada tahun yang sama.

Baru-baru ini pada tahun 2020, Aisha dapat peluang berduet dengan Yuka kharisma untuk lagu terima kasih. Memang satu peluang yang sangat baik yang aishah dapat apabila dapat bergandingan dengan penyanyi berbakat dan otai.

biodata aishah retno

 

Pada tahun 2021, Aisha retno mengeluarkan single ketiganya yang diberi tajuk Cinta dengan mu. manakala pada penghujung tahun 2021 pula, lagu pertama dalam bahasa inggeris bertajuk W.H.U.T nyanyian aishah berjaya di keluarkan.

Untuk fans big stage !

Jom join group >> fans big stage 2022 << untuk info terkini big stage !

Penutup.

Semoga aisha retno dapat memberikan yang terbaik kepada penonton big stage 2022 dan tak mustahil untuk dia menjuarai rancangan ini untuk musim yang ke 4. Semoga berjaya.

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button