Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022
Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022. Kali ini kami nak kongsikan mengenai Danial Chuer pula, sebelum ini kami dah kongsikan mengenai peserta yang lain, anda boleh rujuk link yang kami dah kongsikan ya. Siapakah danial chuer ni? kenapa dia masuk big stage 2022? kalau nak tahu, semua jawapannya ada dalam bioda danial chuer ni ya.
Selain Danial Chuer, peserta lain yang turut terlibat dalam big stage 2022 adalah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Tegar Septian, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei), dan Lia Aziz.
Biodata Danial Chuer, Peserta Big Stage 2022
Ramai yang masih belum kenal dengan Danial ni, macam aku juga sebenarnya. hehe jom baca biodata danial chuer yang kami sediakan untuk anda ini ya.
Pemilik nama penuh Danial Cheur bin Hamasiah tetapi lebih dikenali sebagai Danial Chuer adalah salah seorang penyanyi baru dalam malaysia ini.
Danial dilahirkan pada 3 april 2001 dan berasal dari tawau sabah. Kini dia sudah berusia 21 tahun tau. Uniknya, Danial merupakan kelahiran negeri di bawah bayu tau.
Bakat nyanyian danial ini dicungkil daripada pertandingan nyanyian realiti, Idola Kecil musim keenam dan Idola Kecil Ultra yang mana kedua-dua program itu menobatkannya sebagai juara.
Instagram : Ini instagram Danial Chuer
Dalam biodata danial chuer ini juga kami kongsikan yang danial mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dia mampu bermain piano dan keyboard tau. Dia juga memasuki dunia seni ketika masih muda iaitu ketika berusia 12 tahun.
Kini danial bergerak di bawah syarikat pengurusan The Talent Unit ketika awal pembabitannya dalam dunia muzik.
Danial ini juga merupakan rakan seangkatan dengan Afieq Shazwan, Azzam Sham dan Harris Alif tau.
Antara lagu kepunyaan danial adalah Sinar Pelangi (2014), Ingin (2020) dan Bukan Aku (2021).
Tak banyak sangat pun lagu danial kan. Mungkin faktor dia fokus belajar dulu sehingga berjaya graduasi dari Uitm tau. Kini dia kembali fokus kepada nyanyiannya.
Penutup.
Kita harap danial akan beri yang terbaik dalam pertandingan big stage nanti. Kalau dah dua kali jadi juara sebelum ini dalam idola kecil, tak mustahil danial dapat menjuarai big stage musim baru nanti.
Good luck.