Big Stage 2022Biodata Artis

Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022 dan Juara Mentor 2017. Sejak menjadi juara minggu kedua big stage 2022, Nama Elica menjadi sebutan ramai. Rata-rata memuji kehebatan suaranya yang sangat unik dan sedap untuk didengar. Tapi masih ramai yang belum kenal dengan elica kan . jadi jom baca biodata elica paujin di bawah ini ya.

biodata elica paujin

Selain Iqbal, peserta lain yang turut terlibat dalam big stage 2022 adalah Tegar Septian, Tuah Adzmi, Elica Paujin,  Yazmin Aziz, Aisha Retno, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Sofia Marieylla, Syafiq Abdilah (Brunei), dan Lia Aziz.

Biodata Elica Paujin, Peserta Big Stage 2022

 

Kalau korang layan mentor 2017, korang mesti kenal dengan dia. Jom aku kongsikan biodata elica paujin untuk korang.

Pemilik nama penuh Angelica Paujin ini merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Sabah negeri dibawah bayu. Bakatnya mula dicungkil dari Mentor dan kini digilap dalam big stage 2022 pula.

Elica kini berusia 23 tahun pada tahun 2022 dan dia dilahirkan pada 20 November 1999. Tempat lahirnya adalah di Tambunan Sabah. Dia juga merupakan anak sulung dari 4 beradik. Kini dia sedang giat belajar dalam jurusan muzik di Sabah Institure of Art.

Instagram : Instagram Elica Paujin

Elica berketurunan Dusun dan aktih menyanyi sejak tahun 2017 lagi. Elica merupakan salah seorang peserta idola kecil 3 dan menjuarai mentor 2017 menjadi antara kejayaan termanis Elica.

Latar Belakang Karier Elica dalam Biodata Elica Paujin.

Elica sangat terkenal di Sabah dan dia juga pernah menyertai Kem Muzik Kebangsaan Bersama dengan Ajoi Zainal tau.

Berikut merupakan senarai lagu kepunyaan Elica. Pada tahun 2017, dia mengeluarkan lagu bertajuk Bila Nanti. Kemudian tahun 2018, dia mengeluarkan lagu Kau Lah!

Pada tahun 2019 pula, lagu Araatan di keluarkan dan juga lagu HILANG pada tahun yang sama. Pada tahun 2020, lagu Momuhobo dan Pecaya Aku pula dikeluarkan.

Lirik Lagu Bila Nanti Nyanyian Elica Paujin.

 

Kami kongsikan lirik lagu bila nanti dalam biodata elica paujin ini juga tau.

(MULA)

Bulan Persembahkan indahnya
Dikala Malam berbicara
Hanya Dengan mata dan hati

Hanya Aku ingin selalu dekat dengan kamu
Cuma Mahu bersama selama lamanya
Bila Nanti kita kan berjumpa lagi
Rasa Kepadamu teguh tak beranjak

Seandainya Bukan aku yang di hati
Ingat Selalu engkau tetap ada aku

Hanya Aku ingin selalu dekat dengan kamu
Cuma Mahu bersama selama lamanya
Bila Nanti kita kan berjumpa lagi
Rasa Kepadamu teguh tak beranjak

Seandainya Bukan aku yang di hati
Ingat Selalu engkau tetap ada aku

Sikit Tak pernah lupa kan tentang mu
Hanya Kau lah satu
Bila Nanti kita kan berjumpa lagi
Rasa Kepadamu teguh tak beranjak

Seandainya Bukan aku yang di hati
Ingat Selalu engkau tetap ada aku

(TAMAT)

Penutup

Semoga juara mentor 2017 elica paujin ini dapat menjuarai big stage 2022 juga. Bakat dan suara nyanyiannya sangat menarik tau.

Semoga berjaya!

Related Articles

Back to top button