Uncategorized

Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022 dan penyanyi lagu aku yang dulu bukan yang sekarang. Siapa yang tak kenal dengan tegar ini kan. kisah hidupnya menjadi bualan ramai terutamanya di Malaysia. Untuk tahun 2022 ini, Tegar bakal menyertai Pertandingan Nyanyian Big Stage sebagai wakil dari Indonesia tau.

Selain tegar, peserta lain yang turut terlibat dalam big stage 2022 adalah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei), dan Lia Aziz.

biodata tegar septian

Biodata Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022

 

Dalam sesi biodata tegar septian ini, kita nak ceritakan mengenai latar belakang tegar yang ramai rakyat  malaysia tidak tahu. Alang-alang dah nak mula bigstage nanti, kita kenalah dengan penyanyi yang pernah viral pada satu ketika dahulu ini.

Lebih dikenali dengan nama tegar, nama sebenarnya adalah Tegar Septian atau disambut Tegar (lahir di Subang, Indonesia, 18 September 2001; umur 20 tahun) ialah seorang penyanyi kewarganegaraan Indonesia.

Beliau telah bernikah pada 20 Mac 2020 di Jakarta, Indonesia jam 3.30 petang.

Instagram : Instagram Tegar Official.

biodata tegar septian

Biodata Tegar Septian : Kisah Hidup Insan Bernama Tegar.

Setakat ini, Tegar telah mengeluarkan dua album iaitu Tegar dan Sahabat (2013) dan juga
Kemana Kasih Sayang (debut album) (2014).

Bagi lagu pula, banyak jugalah lagu yang di keluarkan oleh tegar ni. antaranya adalah Pantaskah Surga Untukku (2013), Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang (2013), Rindu Ibu (2013) dan Sekolah (2013).

Kemudian, lagu yang seterusnya di keluarkan adalah Sahabat Tegar (2013), Bengawan Solo (2014), Kemana Kasih Sayang (2014), Mengharapkanmu (2019)

Tegar pun pernah menjadi pelakon dan membintangi filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie (2021)
biodata tegar septian

Status tegar sekarang adalah dia merupakan seorang suami dan bapa! Ya betul, tegar dah berkahwin. isteri tegar adalah seorang youtuber bernama sarah sheila kamilia.

Mereka di satukan pada 20 mac 2020 pada usia tegar 19 tahun manakala isterinya 25 tahun. Kini mereka dikurniakan seorang anak Abidzar Oktaviano Putra.

Dalam biodata tegar septian ini juga aku nak kongsikan yang mana tegar memulakan kariernya pada tahun 2013 dan ketika itu usianya baru 11 tahun. kemudian kariernya melalui fasa kejatuhan dan kini dia kembali ke pentas nyanyian dan kali ini di Malaysia pula.

Penutup.

Kita harap tegar dapat berikan yang terbaik dalam rancangan big stage. Dari dulu memang suara dia sangat sedap dan harapnya kali ini rezekinya lebih baik.

Semoga berjaya tegar septian !

Related Articles

Back to top button