Biodata Atlet

Biodata Syihan Hazmi, Penjaga gol Harimau Malaya

Syihan Hazmi merupakan Penjaga gol Harimau Malaya yang beraksi dalam perlawanan terakhir kelayakan piala asia menentang bangladesh di stadium nasional bukit jalil.

Sejak viral baru-baru ini, ramai yang mula nak berkenalan dengan penjaga gol yang berwajah kacak macam syihan ni. Pemilik nama penuh Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed ini dilahirkan 22 Februari 1996 dan kini dia mewakili pasukan liga super iaitu Negeri Sembilan.

Biodata Syihan Hazmi

Syihan berasal dari kelantan dan kini dia berusia 26 tahun. Berketingian 1.84m dia memang sesuai bermain di posisi Penjaga gol. Dia meneyertai negeri sembilan pada 1 dec 2021 dan kontraknya akan tamat pada 30 nov 2022 nanti.

Biodata Syihan Hazmi, Penjaga gol Harimau Malaya

Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Instagram : Instagram Syihan Hazmi.

Perjalanan Karier Syihan Hazmi dalam bola sepak.

Ahmad Syihan HazmiĀ  menjadi pemain bola sepak sejak dia bersekolah di sekolah sukan bukit jalil pada tahun 2012 dan pada tahun berikutnya dia sudah bermain bersama dengan harimau muda C yang ketika itu bermain dalam liga FAM.

Kemudian dia menyertai Kelatan pula namun kariernya hanya tersekat di dalam skuad presiden sahaja dan berjaya membuat penampilan bersama dengan skuad senior dalam Piala Malaysia 2016. itupun hanya satu perlawanan sahaja.

Kemudian, pada tahun 2018, dia menyertai skuad Negeri sembilan tetapi hukuman berat menimpanya apabila dia gagal ujian doping semasa menyertai AFC bawah 23 tahun di China.

Tahun 2020 di kembali ke arena bola sepak dengan menyarung jersi PJ City. Jodohnya tidak kekal lama dan kemudian dia kembali ke negeri sembilan dan membuat debut keduanya pada bulan mac 2022.

Semoga SYihan terus suksese dalam dunia bola sepak dan bagi aku dia mempunyai perjalanan yang masih panjang. Pengalaman dia dalam liku liku bola sepak juga sangat penitng untuk dijadikan contoh kepada pemain muda.

gOOD LUCK !

Back to top button