Potong kuku Bagi Orang Berkorban

Menjelang hari raya aidiladha tidak lama lagi, Potong kuku antara perkara penting yang perlu dititik berat bagi ummat islam yang menyertai ibadah korban kerana ada hukum khusus untuk perbuatan itu.

Lazimnya orang memotong kuku kerana nak kelihatan bersih kerana tangan antara anggota badan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Jadi sebab itu ia perlu kelihatan bersih setiap masa. tapi lain pula ketika bulan zulhijjah menjelang hari raya aidiladha.

Potong kuku Bagi Orang Berkorban

 

Tapi bagi UMMAT ISLAM yang masuk korban, adalah SUNNAT untuk tidak memotong kuku sehingga hari sembelihan korban kita dilaksanakan.

**Masuk korban bermaksud anda ada bahagian lembu yang ada nama anda untuk ibadah korban.

Merujuk kepada infografik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mereka memaklumkan bahawa Disunatkan Tidak Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban.

Ia berdasarkan hadis rasulullah yang bermaksud.

Daripada Ummu Salamah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, Janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Kesimpulan.

Kita yang masuk ibadah korban disunatkan untuk tidak potong kuku sehingga selesai binatang korban kita di sebelih. Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita mengenai kepentingan melaksanakannya.

Selamat beribadah untuk semua!

Exit mobile version