sukan

Zii Jia tak main di Sukan Komanwel 2022

Zii Jia tak main di Sukan Komanwel 2022. Baru nak tengok skuad badminton beraksi dengan full star di sukan komanwel tapi berlaku sebaliknya pulak. Pemain perseorangan lelaki negara, Lee zijia telah mengumumkan bahawa dia telah menarik diri dari acara badminton sukan komanwel yang dijangka akan berlangsung pada 26 julai hingga 8 ogos 2022 ini.

Zii Jia tak main di Sukan Komanwel 2022

Zii Jia tak main di Sukan Komanwel 2022

Pemain itu berkata, dia mahu berehat seketika dan memberi fokus keada kejohanan badminton dunia yang akanberlangsung pada 22 hingga 28 ogos di Jepun.

“Keputusan ini susah diambil… sebab keadaan saya. Saya ambil bahagian dalam banyak kejohanan dalam tempoh singkat, saya rasa tidak cukup rehat dan terpaksa memilih antara Sukan Komanwel atau Kejohanan Dunia.

“Saya sudah maklumkan kepada anggota pasukan dan kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada Kejohanan Dunia,” katanya dalam video yang dikongsi dengan pihak media, malam tadi.

Juara Kejohanan Badminton Asia 2022 itu turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) termasuk menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Majlis Sukan Negara (MSN) serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas sokongan mereka yang mahu melihatnya beraksi di Birmingham sebelum ini.

 

Related Articles

Back to top button