Biodata Artis

Biodata Naufal Azrin, Penyanyi Lagu Casablanca

Bekas penyanyi nasyid, Naufal Azrin kini menjadi sebutan ramai apabila lagu casablanca nyanyiannya dan Nuha Bahrin menjadi tular dan viral.

Aku kongsikan biodata naufal azrin ini untuk korang yang nak berkenalan dengan penyanyi yang mempunyai wajah kacak ini. Naufal sebenar merupakan seorang yang Hafiz alquran tau, sebab itu sebutan arab dia sangat fasih.

biodata naufal azrin

Biodata Naufal Azrin

Pemilik nama penuh Ahmad Naufal Azrin ini baru berusia 23 tahun dan dilahirkan pada 7 september 1999. Dia pernah bersekolah di Maahad Tahfiz Imam Syafie (MATIS) di Selangor.

Dia yang berasal dari Kuala lumpur ini mempunyai seorang ibu bernama Norizan Binti Yusof. Naufal memulakan karier nyanyiannya sejak berusia 9 tahun dan ketika itu dia memilih genre nasyid sebagai nyanyiannya.

Insatagram : Instagram Naufal Azrin.

biodata naufal azrin

Naufal tak pernah memasuki rancangan realiti setakat ini termasuklah big stage ke apa. Memang bakatnya dicungkil oleh lagenda nasyid tempatan.

Karier Naufal Azrin.

Pada tahun 2019, Naufal menyertai kumpulan Nasyid Zayne yang merupakan kumpulan anak didik Inteam yang juga merupakan lagenda nasyid tanah air.

Kumpulan ini meraih kejayaan komersial menerusi single bertajuk Ya Badratim, Rindu dan Kaulah Cinta, di samping merakamkan lagu-lagu cover bersama dengan rakan penyanyi tempatan.

Naufal meminati penyanyi antarabangsa zayn malik dan menyukai lagu Dusk Till Dawn yang merupakan lagu nyanyian Zayn dan Sia.

biodata naufal azrin

 

Penutup Biodata Naufal Azrin.

Kita harap bakat yang ada pada naufal semakin dihargai peminat tanah air. Bukan mudah untuk menjadi penyanyi dan yang paling penting jangan putus asa dalam belajar ilmu nyanyian ya.

Semoga berjaya !

biodata naufal azrin

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button