Biodata Artisgegar vaganza

Biodata Shila Amzah, Peserta GV9

Hai korang! Hari ini aku nak bangkitkan semangat gegar vaganza 9 dengan berkongsi mengenai biodata shila amzah untuk anda semua.

Nama penyanyi shila amzah ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana rakyat Malaysia mengetahui bakat yang ada pada dirinya dan kualiti nyanyiannya memang tidak boleh disangkal lagi. Kali ini shila akan menyertai pertandingan nyanyian kegemaran ramai iaitu GV9.

Selain Shila, peserta lain yang terlibat adalah seperti Tom, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Pat Candy dan Haida Hasnan.

Manakala peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok (New Boyz), Bob Yusof, Asheed (Def Gab C), Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam, Roy Kapilla dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim). Jom kita berkenalan dengan penyanyi terkenal ini.

Biodata Shila Amzah

 

Pemilik nama penuh Nurshahila binti Amir Amzah juga dikenali sebagai Shila Amzah ini turut dipanggil sebagai 茜拉 (Xila) di negara China. Kini Shila berusia 29 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais dari perkahwinan pertamanya dulu. Pada 19 April 2018, Shila mengakhiri zaman solonya dengan Haris Idraki Elias.

Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Kini Shila sudah berpisah dengan bekas suaminya itu. Shila dilahirkan di kuala lumpur pada 13 ogos 1990 dan merupakan anak sulung kepada penyanyi ND Lala. Dia juga pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Instagram : Instagram Shila Amzah.

biodata shila amzah

 

Fakta Menarik dalam Biodata Shila Amzah

 

Mungkin ramai yang tak tahu yang shila mula masuk dalam bidang seni sejak tahun 1999 ketika itu dia baru berusia 9 tahun. Antara pencapaiannya sebelum melebarkan sayapnya ke negara China adalah Shila GV9 pernah memenangi gelaran naib johan Bintang Kecil RTM pada 2000, naib johan One in a Million musim kedua, juara Shanghai World Star Quest (SWSQ) 2008 serta naib johan Anugerah Juara Lagu 2012 dan 2015.

biodata shila amzah

 

Kemudian, Shila mengembangkan sayapnya ke negara China selepas menjuarai pertandingan nyanyian, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai pada 2012 dengan ganjaran RM5 juta serta 6 tahun kontrak rakaman bersama Shanghai Media Group.

biodata shila amzah

 

Shila pernah tercalon dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018. Antara lagu popularnya seperti Yang Teristimewa, Saat Bahagia, Memori Tercipta, Beribu Sesalan (duet bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura), Patah Seribu, Masih Aku Cinta dan Tiada Dirimu.

Akhir sekali, aku memang tak sabar nak tengok aksi persembahan shila dalam gv 9 nanti. oleh itu jangan lupa untuk saksikan persembahan mereka di saluran Astro Ria pada 18 September 2022 nanti. Berikan sokongan anda kepada semua peserta yang bertanding tau.

Aku team shila! hehehe Goof luck tau!

Related Articles

Back to top button