Biodata Artisgegar vaganza

Biodata Tom GV9

Tom GV9 merupakan salah seorang peserta gegar vaganza musim ke 9 untuk tahun 2022 ini dan dia juga merupakan bekas peserta rancangan My Starz LG. Selain Tom, lima bintang gegar vaganza 9 wanita yang akan mencabarnya ialah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Pat Candy dan Haida Hasnan.

Manakala peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok (New Boyz), Bob Yusof, Asheed (Def Gab C), Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam, Roy Kapilla dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim). jom kita berkenalan dengan Tom gv9 ini dibawah ya.

biodata tom gv 9

Biodata Tom GV9

Siapakah penyanyi Tom ? Bagi yang tak tahu, nama sebenarnya adalah Raja Farah Afzal Raja Ikram dan dia merupakan seorang penyanyi wanita yang berasal dari Malaysia.

Tom dilahirkan pada 31 Oktober 1986 dan kini telah berusia 36 tahun. Tom juga beragama islam dan merupakan orang perak tau. Nama pentas yang sering digunakan peminat adalah. Tom, Tom My Starz LG.

Instagram : Instagram TOM Gegar vaganza 9

Fakta Menarik dan Kisah Hidup dalam Biodata TOM GV9

 

Baru-baru ini tular mengenai kisah tom yang terpaksa mencari nafkah dengan menjadi penyanyi jalanan di Langkawi dan lebih menyedihkan lagi apabila dia pernah mendapat bayaran RM 6 sahaja dalam satu hari.  ringgit itu pula terpaksa dibahagi dua.

Sebenarnya tom mula aktif menyanyi pada tahun 2010 yang mana dia menyertai My starz LG ketika itu. Pada tahun yang sama juga Tom mengeluarkan album sulungnya bertajuk reda dan dua lagu hit dalam album tersebut adalah Redha dan Lagu untuk Kuala lumpur.

Tom gegar vaganza 9 ini juga pernah berkahwin dengan pemuzik bernama Ahmad Khairul Mizan pada 2007 di usia 21 tahun. Namun, hubungan mereka berakhir dengan penceraian. kini dia merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak.

Bapanya juga baru meninggal dunia pada 25 ogos 2022 yang lalu dan ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidup tom.

Kita doakan agar Tom dapat memberikan persembahan terbaiknya di dalam pentas gv nanti dan pasti ia akan menjadi batu loncatan untuk dia menaikkan semula namanya dalam industri musik tanah air.

 

Related Articles

Back to top button