sukan

Penyokong Kedah Kena Sabaq Banyak – Pemilik KDA FC

Penyokong Kedah Kena Sabaq Banyak – Pemilik KDA FC. ITULAH yang diluahkan oleh Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang mengharapkan agar penyokong kedah terus bersabar menunggu kehadiran baki import pasukan tersebut.

penyokong kedah

Ramai penyokong kedah mula tidak senang duduk melihat situasi yang melanda pasukan kegemaran mereka itu. Namun, kata tan sri dr mohd daud bakar ;

“Kepada penyokong Kedah, Jangan bimbang, Kami (pengurusan) semua peka dalam hal ini, beberapa pemain import sedang kami uruskan.

“Bila sudah dimuktamadkan kontrak mereka, kami akan maklumkan nanti.

“Kalau kena tunggu (sidai) lama tu, saya hanya dapat kata sabarlah…kerana bukit dan gunung tak akan lari,” katanya.

“Terima kasih kerana sentiasa teruja dan ‘geram’ nak menerima pemain baharu Kedah Darul Aman,” katanya.

Sebelum ini, Sang Kenari sudah memuktamadkan dua pemain import baharu terdiri daripada import kuota Asia dan Asean iatu Amirbek Juraboev dari Tajikistan dan Manuel Ott dari Filipina.

Selain import, lima pemain tempatan baharu turut diumumkan bermula dengan dua penjaga gol iaitu Kalamullah Al Hafiz dan Fikri Che Soh serta tiga muka baharu bermula dengan Wan Amirul Afiq, Faizal Talib dan Zharmein Ashraf.

Baki tiga atau empat import lagi di kalangan 25 pemain pasukan musim depan masih menjadi tanda tanya buat penyokong.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button